Thursday, 12 March 2015

bunga oh bunga!- bunga raya putih

Assalamualaikum.
13/3/15

It was a week after i came back from Sungai Petani. Balik tengok Hana dengan life dia yang dah mula sebagai budak yang nak ambik SPM tahun ni, *angkat kening*, Naim and Huda dengan cara hidup sendiri and well, Ira tak balik la pula coz ada test. Paling penting is when seeing mak busy with her garden and ayah as steady as always. Aah, rindunya.

                                                Mom always looked not ready....:(

                                           Ayah ni senyum bagi la ikhlas sikit.

Hah, cakap pasal garden mak, of course there will be about flowers right? Jadi, saya nak share sikit pasal bunga raya tapi yang warnanya putih. Kita kasi rare sikit. As we know, bunga raya is our national flower and bunga raya tu sendiri melambangkan banyak benda. Berdasarkan apa yang aku baca, bunga raya ni berasal dari negara China.

Tapi hari ni, aku nak cerita more to khasiat bunga raya ni. Bunga raya ni ada banyak khasiat tau, bukan sahaja untuk lelaki tapi perempuan jugak, so girls please take note!
Kutu? Tolongla, scary kot!!! So antara rawatan untuk mnghilangkan kutu adalah melalui bunga raya ni la termasuklah nak menghitamkan dan melembutkan rambut. Kita perempuan kan,jadi aspek penjagaan rambut tersangatlah yang teramatlah yang sangat penting uolls.. ;) Selain itu, bunga raya juga boleh merawat penyakit seperti batuk kering dan kahak.

Selalunya kalau kat Malaysia, kita akan merebus akar pokok bunga raya ni pastu air rebusan akar tadi boleh diminum untuk merawat penyakit seperti demam dan penyakit kelamin. See, important kan. Kemudian, bagi mereka-mereka yang mempunyai bengkak di luar akibat jatuh atau sebagainya, bolehla mengambil daunnya yang ditumbuk lalu menampal di bahagian bengkak tu. Bunga raya bukan sahaja cantik malahan bahagian bunga juga ada kegunaan tersendiri dimana dia bertindak sebagai sumber kesihatan dimana ia boleh merawat penyakit kulit dan demam. Rendaman daun atau tuaman boleh digunakan bagi merawat sakit kepala dan juga bisul tau..


                                            Mak cakap jangan petik sesuka hati. Okay okay mak.

Love the way mak took care and handle her flowers. The way she did it 'Aku tanam hang ni, hang nak hidup, hidup! Tak mau hidup sudah!'

                                              Saya la photographer ni. hewhew.

So, basically there's a tiny information that i have shared with you guys. Give a try, guys! Good luck.

p/s: jika datang tuan hamba tak diundang maka pergi tuan hamba tak kuhalang.

.














Monday, 2 March 2015

book: KACAU (fixi)

Assalamualaikum..
2/3/15

Hello peeps! Bila dah masuk new semester ni, yes of course you akan bersemangat waja untuk melalui liku-liku harian yang akan keep on mendatang. Aku pun.*flip tudung*. Basically, night before your class, all the stuff like stationaries, books for tomorrow and even the water bottle will be prepared early as possible. (yes, i know it won't last) But then, Atin passed me this book. 'Nah, Husna. Read this!' . Ak, okkaaay..


bila dah baca, of course la ada critics for that kan, good and bads dia semua tu. So untuk saya, saya kasi 8.5 bintang!

Buku ni mengisahkan 6 orang yang memang bersahabat baik sejak zaman kolej sampailah menginjak ke alam pekerjaan. Walaupun semua dah bekerjaya, tetapi perhubungan baik mereka tak pernah dilupakan malahan mereka sering keluar 'outing' beramai-ramai. Cerita dia bermula bila Jimmy, Al,syida, ajim, amat, fiq dan syira(sepupu syida join tetiba) pergi buat 'ghost hunt' dekat sebuah bangunan lama (mall tak silap) dekat area Seremban. Kononnya pergi sana untuk just buat ghost hunt ja, tapi tak sangka rupanya Fiq tu boleh pulak bawak 'Ouija board' untuk main kat situ. Awalnya Jimmie dah cuak dah, sebab before game Ouija start, dia dah 'nampak' that 'thing' dah, but the game is still proceeed since dia tak mahu dilabel as ' pengecut'. Masa main game tu, memang cukup 7 orang yang main, but it was actually 6 orang ja yang main sebab Amat actually ada kat kereta, sebab dia kena tinggal masa tengah buat ghost hunt awal-awal lagi. if that so, who's the other 'person'? heh. Lepas main ja game ni, diorang balik rumah masing-masing and there, sorang demi seorang died misterically!

Mula-mula Syirah ditemui mati bunuh diri, tapi cara dia mati tu serious memang tragis. As if macam tak logik kau bunuh diri tapi perut sampai terburai-burai bagai. Pastu Ajim pulak mati dalam kes rambut ynag 'tak berpenghujung'. Bilik ajim dah dipenuhi dengan rambut dan yang paling teruk bila mulut Ajim sendiri keep on keluar rambut yang tidak berpenghujung sampailah rambut yang part-part last ditarik tu memang susah, macam ada akar dia sendiri. Next, Syida. Syida ni gilfriend Ajim. Masa Ajim mati dengan tragis tu dia antara orang yang paling sedih sebab ya la, couple kan. Masa lepas pengebumian Ajim tu, Syida dah rasa bahu dia mcam berat semacam. Macam sakit-sakit, tapi dia anggap benda biasa ja sebab letih uruskan pengebumian Ajim. Pastu, masa on her way balik KL dengan Jimmy and Al, boleh pulak Syida ni menari and menyanyi ikut lenggok Ulek Mayang. Tapi dia nyanyi part yang tak boleh pulak tu. Dekat akhir- akhir cerita, Jimmie,Al dan Amat pergi balik kat bangunan lama tu sebab diorang nak selesaikan misteri tu semua hari tu jugak.Malangnya Jimmie dan Al pun menemui ajal di situ, tambah-tambah Al sendiri mati di tangan Jimie. Fiq pula mati tergantung di dinding dengan badannya dipacak besi, Jimie pulak mati dengan cara bunuh diri. Di akhir cerita, cuma Amat yang masih hidup tetapi gila.

For me, buku ni memang daebak!! Memang kalau orang tanya ''nak beli buku fixi apa?'' aku akan suggest salah satunya buku ni la. The reason why aku tak bagi markah penuh sebab ketidak-logikan dan ke'over'an buku ni. Hahaha. Macam contohnya tak mungkin kot 'hantu' boleh bunuh mansia, by hand pulak tu. Pastu macam Fiq, dia dengan cara kuat agamanya siap boleh handle orang kena rasuk, tapi tengok-tengok dia pun mati kat tangan 'Malika'. But it was just a small critics compared to the awesomenesssss while reading this books! Guess what, once you've touched this book, you have to end it. On your own. Good luck!

Monday, 23 February 2015

Homesicks, no good.

Assalamualaikum..

23/2/15
Rindu. See? Mak ayah baru ja hantar balik UUM, aku dah rasa kerinduan tahap cipanzi.. :( Supposedly masa nak hantar aku tu, huda and naim kena ikut sekli coz, ya la ,as a tukang angkat barang, tukag carry bantal semua tu la, bu plan changed. sebab irah pun nak balik semalam. so tak muat kereta, jadinya, huda and naim terpaksa dikorbankn.tak pa la.. ish, lambat lagi nak cutiii. bulan empat pulak tak cuti. Aaah, aku tak kira, bulan tiga ni aku nak balik jugak. lambat sungat nak menunggunya. takpa la... sikit lagi Husna, be patient ya.. kuat!!

                                                            tunggu saya...

Basically, i got the same roommate, same room and the same classmate. Kira okay sangat la tu. Bersyukur. No one kena apung if tak silap. What? Apung?? pfft, kena angkat barang and all that? pffft.. Kejiranan pun still the same. Nothing changed much, aah, except there's a foreigner pindah here. Well, im not being a racist, but *:(*..... Bukan nak kata, tapi kenapa tetiba toilet no 2 tu rosak eh? (bersangka baik, orang atas pinjam kot).

Alhamdulillah, makan, pi kelas semua is okay for right now. Untuk first day, kes sesat is biasa la tu.. And then, perkara biasa jugak bila some people approached you asking 'kak, nak tanya kelas ni kat mana?'. 'oh, kelas ni kat sini situ sana. By the way, saya pun baru first year'. Again, :(.. see, see... :(
Nothing much to post this time, so babai.. :)

                                                   why should i've be the front cover???

p/s: my shot last ime, was striked! tepat. heh.

Wednesday, 18 February 2015

Tatings...

Assalamualaikum..

18/2/15
Happy. Bila you boleh spend masa dengan your siblings, seems like the whole sungai petani is yours..  bila you boleh berselfie dengan your siblings, rasa macam senyum tu 'freeee' gila. Bila you boleh makan,jalan-jalan, gelak-gelak semua dengan your siblings, rasa macam penat nak termuntah hijau dengan exam, hidup semua terisi dengan kegembiraan. aicehh, itu over.. lols. As promised, i tried my best untuk sambut birthday Naim seperti yang dijanjikan minggu punya minggu punya minggu lepas. So we went for lunch ( its a brunch actually), movies, shopping... Naim cakap 'nak makan fruitylicious//secret recipe'. so 'my pleasure, im'...Huda pulak cakap 'nak tengok wayang' *even tak ada cerita best pun*, 'okayy, jom'.. Jadinya, aku pilih untuk tengok Jupiter Ascending. Casts dia tak silap aku Mila Kunis and Channing Tatum.




Caine tu hensem gila..
 
Teknik CGI memang tak payah cakap la, gedegang gedegung bukan main. Memang cantik +hebat  gila. lompat sana lompat sini, memang boleh buat penonton duduk senyap sebab penggunaan alatan canggih dia, bapak ah.. cuma jalan cerita dia macam tak sampai. tup-tup jadi macam tu, diorang tak jelaskan dengan terperinci pun. contohnya, scene Jupiter yang tengah sakit, then sambung scene lord Balem then terus scene Jupe tu tengah ready nak fly sambil gelak-gelak. (ooo, hmm, okay).. lagipun bila tengok comment daripada orang ramai pun memang dari segi jalan cerita tu, flow cerita tak berapa cantik. macam banyak skip dan dipercepatkan. Anyway, memang daebak giler movie ni and it's worth to spend your money on this movie. Aku sendiri pun memang suka Mila Kunis ni, dengan cantiknya, dengan romantic love storynya dengan Ashton Kutcher. Again. Daebak!!


                                            Ira cakap nak makan sizzling, so here you are..


                                           I guess black is the best outfit for today. Well done, girls.

p/s: class is saying "hello next week"

Tuesday, 17 February 2015

Cinta sambal belacan...

Assalamualaikum..

17/2/15
Scrolling down, scrolling down, down down. Tak ada cerita best pun.
It's Naim berfday!! So i'm planning to bring him and Huda and Hana and Ira for movies. Tapi, *garu mata*. Tak ada cerita best pun kat wayang. Tengok tu, selalu macam tu. Selalu! Bila time aku tengah midsem, masa tu la 'let it go!'. Masa aku tengah sibuk dengan assignment, tutor kuiz semua masa tu la Maleficient, masa aku tengah final, banking lagi, masa tu la Big Hero semua! *jeling*. Menyampah. Tiba di kala aku tengah tak buat apa macam tengah lipat baju, basuh pinggan mangkuk, satu habuk pun tak ada cerita best. Huh!
                                                    Bila tah Im boleh jadi imam kak ni??

So, tengah hari punya cerita... As anak sulung sepenuh masa, macam biasa aku tanya ayah, call mak, nak makan apa untuk harini ni. then ayah cakap, 'why don't you try something new, kak?' 'ha, okayla. ayah nak makan apa?' aku tanya. Ayah cakap 'kak try la buat ayam masak kicap, bukan sambal ayam tau' 'ok, then.'..  so i started to call mak ndak, mak semua cara nak buat, salin ni bukan main lagi. pastu aku decided nak masak

a) ayah masak kicap ( resepi mak + mak ndak)
b) sayur campur
c) ikan goreng
d) sambal belacan (selongkaq peti ais cari ulams)

Yang tiga benda kat atas tu dah lepas, Alhamdulillah. Tapi aku mana pernah buat sambal belacan!!! Nak pulak ayah memang 'hantu' sambal belacan, mana boleh buat main bhai. Dengan nak agak belacan banyak mana, cabai hidup + cabai melaka semua. Macam mana ni????? Apa lagi, call mak la weh! Pastu mak pun bagi la *secret recipe* dia tu. Tapi memang mak tak bagi and share dengan orang lain punss.. wakaka, mak ni.... So, here..

                             taraaaa.. sambal belacan yang tak cukup belacan and garam... *senyum*

Okayla tu, done for today. Yeay, good job Husna ;)

                                            Babies sekalian, thanks for that day.. *rindu*

Monday, 16 February 2015

Drinks, please..

Assalamualaikum.
16/2/15

Petang tadi, i was having a romantic date. Well, thank you mom coz bawak pi kedai spectacles. After checking my mata, aunty chinese yang lawa tu (english dia bapak sedap gila) kata kena tinggal spec pulak coz dia nak buat lens baru smua tu la. Alamak, nak jalan macam mana ni, mana nak nampak. Okayla, okaayla, aku pun tinggal. *masa ni baru nak bersyukur dengan nikmat Allah*. Tetiba rasa nak belanja Huda minum, then i decided to buy beverages dekat depan stesyen bas lama (Sungai Petani tau!)

Tunggu punya tunggu punya tunggu, okay fine, aku faham coz memang ramai orang. Plus, aku dah state nama sebab dia memang kena state nama sebab dia akan panggil according nama dekat cup tu nanti. Aku bajet after 3 girls yang duduk kat sebelah aku tu then nama aku akan dipanggil. Tapi tetiba ja nama orang lain pulak yang kena panggil. Bang chik la, Paiz la, Sya la apa kebenda semua tu la. Hai, times ticking, nak masuk maghrib  dah pun. Means dekat 40 minit aku tunggu! My bad, aku senang buat muka bila terlalu lama menunggu. Name is being called, but still not mine. *fuh, tarik nafas, ketap gigi, gerak-gerak ibu jari*
Selepas selepas selepas selepas tu,,,,,,,,,,,,,, 'Huda! sapa Huda?' . Give the money, take the change, blah.
#rindujah

Satu

Assalamualaikum...

Well, if nak kata aku baru kat sini is absolutely wrong tau because actually aku dah ada blog dah pun. Dah created 4,5 tahun dah. Pun dah lupa password almost 2,3 tahun dah pun. Pun memang dah lama sangat tinggal. Pun memang dah tak ingat terlupa segala semua password dah pun.

The reason why i created back my account is because tetiba i'm feeling craving to............. write. Tak tau kenapa tiba-tiba rasa macam nak menulis tak kisahla pasal apa pun. *dah kenapa kan*. You know satu rasa macam nak comment, nak menulis panjang-panjang. Gitu pulaks..Bukan tak ada facebook, twitter semua, cuma rasa tak puas nak menulis, macam limited.. Dulu aku ada blog, merapu meraban tak tentu hala. Aww, stop remind me bout that. Buat malu ja..Entry dulu pasal apa ya? Hmm, ha! Pasal donut, musuh, tak suka kat dia ni, menyampah kat cikgu tu.. Haih, sadisnya pemikiran dulu kan..